Thursday, January 28, 2010

Mesyuarat NILAM Kali Pertama Tahun 2010

Mesyuarat ini diadakan pada hari Khamis, 28 Januari 2010, pada pukul 2.15pm bagi membincangkan perjalanan Program NILAM tahun 2010.

Guru-guru dimaklumkan bahawa seramai 49 orang pelajar tingkatan 1-4 telah layak mencapai tahap Gangsa(Jauhari) pada tahun 2009, termasuklah pelajar yang telah berpindah ke sekolah teknik dan SBP. Untuk pelajar tingkatan 5 pula, seramai 73 orang pelajar yang layak mendapat sijil untuk Program NILAM Tahap Jauhari.

Selain itu, pembahagian tugas pemeriksaan buku juga diberikan kepada semua guru yang terlibat dengan program ini.

Thursday, January 21, 2010

Taklimat PSS Untuk Pelajar Tingkatan 1

Taklimat ini telah diadakan pada hari Khamis, 7 Januari 2010 untuk pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru mendaftaf di SMK Tuanku Muhammad.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memaklumkan kepada para pelajar yang baru tentang perjalanan PSS di SMK Tuanku Muhammad. Selain itu, para pelajar juga didedahkan tentang penggunaan perpustakaan dan juga Program NILAM.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn Nurullaila binti Mohd Salleh, selaku guru Perpustakaan sekolah ini.