Sunday, August 1, 2010

Pemberitahuan

Dengan ini dimaklumkan bahawa blog pss tms sedang dikemaskini dan diubah suai semula. Harap maklum.

Wednesday, June 30, 2010

Pertandingan Mencipta Buku Skrap 2010



Wednesday, June 2, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Pihak PSS sekolah ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang sedang menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah pun bermula sejak minggu lepas.
Diharapkan semua pelajar dapat berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

Thursday, May 13, 2010

Pertandingan Form Remaja PPDKP Tahun 2010

Pertandingan forum ini diadakan di TMS pada 13 Mei 2010 bertempat di Dewan Tuanku Jaafar, TMS dan Bilik Gerakan TMS.
Pertandingan ini disertai oleh 6 buah sekolah daerah Kuala Pilah.

Monday, May 3, 2010

Bulan Sains dan Matematik TMS 2010

Bulan Mei ini merupakan giliran guru-guru bidang Sains dan Matematik pula menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang mereka.

Perasmian Bulan Sains dan Matematik ini telah disempurnakan oleh Pengetua Kanan SMK Tuanku Muhammad, En.Mustaffa bin Mohamed pada perhimpunan rasmi pagi tadi.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sempena bulan Sains dan Matematik ini. Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan adalah seperti Kira Pantas, Sudoku, G-Maths, Pertandingan mereka cipta ABM dan kuiz Sains.

Monday, April 12, 2010

Minggu Bahasa Inggeris 2010

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena Minggu Bahasa Inggeris TMS bermula hari ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti English Quiz, Group Singing Competition, Story telling, Spell It Right, dan lain-lain lagi.

Wednesday, April 7, 2010

Pertandingan syair dan nyanyian puisi

Pertandingan ini telah diadakan di dewan pada sebelah pagi Rabu, 7 April 2010. Pertandingan yang menarik ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar TMS.Ramai pelajar yang berkebolehan telah dikenalpasti melalui pertandingan yang berunsur puitis ini.

Tuesday, April 6, 2010

Bulan Bahasa dan Pusat Sumber TMS 2010

Ingin dimaklumkan bahawa April merupakan Bulan Bahasa dan Pusat Sumber SMK Tuanku Muhammad. Pelbagai acara menarik telah dirancangkan untuk dijalankan sepanjang bulan ini.

Bulan Bahasa ini telah dirasmikan oelah Pengetua Kanan TMS pada hari Isnin, 4 April 2010 sewaktu perhimpunan pagi sekolah.

Thursday, March 11, 2010

How the poor live

One day, a father of a very wealthy family took his son on a trip to the country with the firm purpose of showing his son how poor people live. They spent a couple of days and nights on the farm of what would be considered a very poor family. On their return from their trip, the father asked his son, “How was the trip?”
“It was great, Dad.”
“Did you see how poor people live?” the father asked.
“Oh yeah,” said the son.
“So, tell me, what did you learn from the trip?” asked the father.
The son answered, “I saw that we have one dog and they had four. We have a pool that reaches to the middle of our garden, and they have a creek that has no end. We have imported lanterns in our garden, and they have the stars at night. Our patio reaches to the front yard, and they have the whole horizon. We have a small piece of land to live on, and they have fields that go beyond our sight. We have servants who serve us, but they serve others. We buy our food, but they grow theirs. We have walls around our property to protect us; they have friends to protect them.”
The boy’s father was speechless.
Then his son added, “Thanks, Dad, for showing me how poor we are.”

Written by Stephen on September 16th, 2009

Kejohanan Olahraga SMK Tuanku Muhammad Tahun 2010

Kejohanan Olahraga TMS tahun 2010 telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Selasa, 9 Mac 2010 yang lalu.

Pelbagai acara telah dijalankan dan akhirnya, Rumah Melewar telah menjadi johan keseluruhan bagi sukan sekolah tahun 2010 ini.

Friday, February 12, 2010

Tahun Harimau

Tahun-tahun dan Lima Unsur

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Harimau," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
8 Februari 1902 - 28 Januari 1903: Harimau Air
26 Januari 1914 - 13 Februari 1915: Harimau Kayu
13 Februari 1926 - 1 Februari 1927: Harimau Api
31 Januari 1938 - 18 Februari 1939: Harimau Tanah
17 Februari 1950 - 5 Februari 1951: Harimau Logam
5 Februari 1962 - 24 Januari 1963: Harimau Air
23 Januari 1974 - 10 Februari 1975: Harimau Kayu
9 Februari 1986 - 28 Januari 1987: Harimau Api
28 Januari 1998 - 15 Februari 1999: Harimau Tanah
15 Februari 2010 - 3 Februari 2011: Harimau Logam
2022 - 2023: Harimau Air

Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Selamat Tahun Baru Cina

Pihak PSS SMK Tuanku Muhammad ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga TMS yang berbangsa Cina. Semoga tahun baru ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya.

Tidak lupa juga kepada warga TMS yang lain, selamat bercuti dan selamat pulang semula ke sekolah pada hari Khamis 18.2.2010 ini.

Tuesday, February 9, 2010

Pengambilan Pengawas PSS Tahun 2010

Temuduga masih lagi terbuka kepada semua pelajar yang berminat untuk menjadi Pengawas PSS Tahun 2010 ini.

Antara syarat-syarat untuk memohon adalah lulus semua mata pelajaran bagi tingkatan 2-5, tiada masalah atau rekod disiplin dan keputusan bacaan NILAM yang baik.

Monday, February 1, 2010

PENYAMPAIAN SIJIL NILAM TAHUN 2009

Penyampaian sijil ini adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya membaca sekurang-kurangnya 72 buah buku sepanjang mereka berada di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, ada diantara penerima sijil yang berada di tahap menengah rendah.

Penyampaian sijil kepada para pelajar yang layak sekurang-kurangya tahap Jauhari Gangsa ini telah disempurnakan oleh GPK1 SMK Tuanku Muhammad, Tn. Hj. Abdul Karim bin Mohamed sewaktu perhimpunan rasmi Isnin, 1 Februari 2010.

Thursday, January 28, 2010

Mesyuarat NILAM Kali Pertama Tahun 2010

Mesyuarat ini diadakan pada hari Khamis, 28 Januari 2010, pada pukul 2.15pm bagi membincangkan perjalanan Program NILAM tahun 2010.

Guru-guru dimaklumkan bahawa seramai 49 orang pelajar tingkatan 1-4 telah layak mencapai tahap Gangsa(Jauhari) pada tahun 2009, termasuklah pelajar yang telah berpindah ke sekolah teknik dan SBP. Untuk pelajar tingkatan 5 pula, seramai 73 orang pelajar yang layak mendapat sijil untuk Program NILAM Tahap Jauhari.

Selain itu, pembahagian tugas pemeriksaan buku juga diberikan kepada semua guru yang terlibat dengan program ini.

Thursday, January 21, 2010

Taklimat PSS Untuk Pelajar Tingkatan 1

Taklimat ini telah diadakan pada hari Khamis, 7 Januari 2010 untuk pelajar-pelajar tingkatan satu yang baru mendaftaf di SMK Tuanku Muhammad.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memaklumkan kepada para pelajar yang baru tentang perjalanan PSS di SMK Tuanku Muhammad. Selain itu, para pelajar juga didedahkan tentang penggunaan perpustakaan dan juga Program NILAM.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn Nurullaila binti Mohd Salleh, selaku guru Perpustakaan sekolah ini.